Kertas Cadangan :
“KECEMERLANGAN MILIK
SEMUA PELAJAR”
KALAM PERFECTION RESOURCES SDN BHD,
( 1146670-H )
Lot 4011A, Lorong Hj. Said,
Jalan Kebun, Kg. Bt 7, Seksyen 32,
40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
H/P : 013-3544375/ 019-3931170
Email : kalamiar@gmail.com
Tel. No : 03-51626671 Fax No : 03-51626671
1. TAJUK PROGRAM
·
KECEMERLANGAN MILIK SEMUA PELAJAR
2. PENDAHULUAN
Cadangan ini adalah
untuk menyediakan program bagi sekolah-sekolah untuk mengubah minda pelajar
sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Program ini akan
mengubah minda, kepercayaan, perasaan dan tindakan sehingga mereka merasakan
boleh melakukan sesuatu dan mempunyai keupayaan untuk melakukannya. Ia juga mengubah jatidiri pelajar supaya
merasai mereka mempunyai kemampuan untuk berjaya di dalam apa sahaja bidang
yang mereka hadapi.
3. MATLAMAT PROGRAM
·
Meningkatkan kesedaran spiritual pelajar untuk menjadi seorang insan yang
soleh disisi Allah swt.
·
Melahirkan pelajar-pelajar yang berkeperibadian mulia
·
Membimbing para pelajar agar melaksanakan segala amanah dengan jujur,
ikhlas serta bertanggungjawab dan menjadikan pelajaran sebagai focus utama
kehidupan
·
Membina keyakinan diri dan kemampuan untuk berusaha tanpa mengenal erti
jemu untuk menghadapi peperiksaan.
4.
OBJEKTIF
·
Mengenal diri dan Maha Pencipta
·
Menetapkan matlamat hidup dan juga peperiksaan yang akan dihadapi.
·
Meningkatkan kesedaran & keinsafan untuk mengamalkan Islam sebagai
cara Hidup.
·
Meningkatkan dan membentuk akhlak serta jati diri.
·
Mendorong mereka berfikir secara proaktif untuk menghadapi peperiksaan
dan melihat Islam ada penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.
·
Terangsang untuk meningkatkan potensi diri untuk lebih cemerlang dalam
kehidupan.
5. KANDUNGAN PROGRAM
Masa
|
Jam
|
Aktiviti
|
|
8.00 -10.00
|
2 jam
|
Input 1
|
Mind setting, betapa kita beruntung, hamba Allah, peta pemikiran dan
tanggapan
|
10.30-11.30
|
1 jam
|
Input 2
|
Kitalah orangnya, system VS non system
|
11.30-1.00
|
1.5 jam
|
Input 3
|
Kesukaran lumrah kehidupan
|
Input 1 : Pelajar akan diperkenalkan dengan model NLP dimana bagaimana cara otak
berfungsi, bagaimana melihat peluang yang ada dihadapan kita dan apa keputusan
yang kita ambil. Konsep kita sebagai pelajar tuhan, apa yang kita fikirkan akan
kita lahirkan didalam tindakan dan bagaimana kita melihat dan melakukan
tanggapan didalam kehidupan.
Input 2 : Pelajar akan
melihat kemampuan diri sendiri dan juga kejayaan pelajar-pelajar lain yang
tidak sebijak mana tetapi boleh Berjaya didalam kehidupan dan peperiksaan
mereka. Aktiviti system dan non system
akan menyedarkan mereka tentang keperluan system untuk memperbaiki pelajaran
mereka.
Input 3 : Pelajar akan
menyedari kehidupan yang mereka katakana sukar hanya kerana mereka menerima
didalam pemikiran dan mereka akan merasai betapa perlu bersyukur dan perlu
melakukan perubahan didalam kehidupan terutamanya didalam pelajaran untuk
menghadapi peperiksaan akan datang. Pertunjukan video akan digunakan.
6. Hasil
program
a)
Melahirkan Pelajar yang
mempunyai misi dan Visi hidup yang jelas, jati diri yang tinggi, kecemerlangan
dalam semua aspek secara seimbang dan holistik, dan mempunyai semangat yang
jitu serta bertanggungjawab dam mampu menjadi INSAN CONTOH yang berguna
kepada agama, bangsa dan Negara.
b)
Kempen ke Kolej Teknologi
Darulnaim untuk 10minit yang terakhir
7. STRATEGI PERLAKSANAAN
7.1 Fasa Perlaksanaan:
Kursus ini akan
dilaksanakan disekolah yang terlibat dan bermula pada 8.00pg-01.00ptg (mengikut
persetujuan pihak sekolah dan syarikat consultant)
7.2
Fasa Perlaksanaan:
Tarikh :
Tempat : Di sekolah masing-masing
Bilangan
Perserta : 30 pelajar
Sasaran
Peserta : Pelajar-pelajar tingkatan 5 sahaja
Bayaran
:
Percuma kepada 30 orang pelajar sahaja. (Pihak sekolah boleh membuat penambahan
bilangan perserta/pelajar akan tetapi setiap seorang pelajar akan dikenakan
bayaran RM10 sahaja)
7.3
Keperluan :
Pihak sekolah dikehendaki menyediakan senarai
nama pelajar, no.KP, no.tel, alamat dan email pelajar. Sila hubungi En. Jusry
Mahdeko (no.tel 0102467206 / email : profneo45@gmail.com bagi menentukan tarikh
program yang akan dilaksanakan
8. PENUTUP
Kursus ini diharapkan dapat mengubah persepsi
atau tanggapan para pelajar yang mana setiap pelajar itu mampu mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi mereka.
( IBRAHIM ABD RAHMAN )
DIRECTOR KALAM
PERFECTION RESOURCES SDN BHD