"BERILMU, BERIMAN & BERAMAL"
PENGENALAN
Anak-anak adalah amanah Allah SWT.Maka pendidikan yang
sempurna amatlah mustahak bagi menentukan baik buruk masa depan keluarga
dan masyarakat.
Menyedari akan kepentingan ini kami mengambil inisiatif menubuhkan
Sekolah Ibn Khaldun yang bertujuan untuk menyediakan sistem pendidikan yang
berteraskan ajaran Islam secara formal.
Pada
awal penubuhannya, Sekolah Ibn Khaldun beroperasi di Taman Jasa Gombak Selangor
Darul Ehsan(1990) dan berpindah di Lot 4012 Lorong Haji Said Kg Batu 7 Seksyen
30, 40460 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (1992) dan beoperasi sehingga kini.
Sekolah
Ibn Khaldun berdaftar secara rasmi dengan JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
(JAIS) dan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM). Oleh yang demikian Sekolah Ibn
Khaldun mengguna pakai kokurikulum JAIS dan KPM serta beroleh kebenaran sebagai
PUSAT PEPERIKSAAN BERDAFTAR bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama Negeri
Selangor (PSRA) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Sekolah
yang berteraskan INTEGRASI SWASTA ini beroperasi mengikut jadual persekolahan
bermula jam 08.00 pagi dan berakhir jam 03.45 petang sepanjang hari Isnin hingga
Khamis dan berakhir jam 4.00 petang pada hari Jumaat.
FALSAFAH
Sisitem
pendidikan Sekolah Ibn Khadun adalah pendidikan terancang, terkini dan terpimpin
yang berteraskan tauhid Allah S.W.T
Bermatlamatkan
penyuburan dan meningkatkan potensi diri insan kearah melahirkan hambaNya yang
cemerlang dan seimbang dari segi rohani, intelek, jasmani dan emosi serta dapat
memberi khidmat bakti terhadap agama, manusia, dan alam selaras dengan
kepatuhan kepada Allah S.W.T
VISI
Sekolah Ibn
Khaldun berwibawa mendidik bagi melahirkan insan cemerlang dan seimbang demi
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T
MISI
Bertekad dan
berazam untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dala akedemik dan
sahsiah melalui pendidikan, pengurusan, persekitaran dan contoh yang berkualiti
berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
STUKTUR
ORGANISASI SEKOLAH
Pengurusi SMIK : Tuan. Haji Hamdan Mokhtar
Pengerusi SRIK : Tuan. Haji Ibrahim Abd Rahman
Pengetua : Tuan Haji Ir. Hassan Mohammad Al
Guru Besar : En. Abdul Halim B. Jayalani
No comments:
Post a Comment