Monday 18 April 2016

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SECARA PERCUMA



Kertas Cadangan :
“KECEMERLANGAN MILIK SEMUA PELAJAR”


KALAM PERFECTION RESOURCES SDN BHD,
( 1146670-H )
Lot 4011A, Lorong Hj. Said,
Jalan Kebun, Kg. Bt 7, Seksyen 32,
40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
H/P : 013-3544375/ 019-3931170
Email : kalamiar@gmail.com
Tel. No : 03-51626671                Fax No : 03-51626671 





1.       TAJUK PROGRAM
·         KECEMERLANGAN MILIK SEMUA PELAJAR

2.       PENDAHULUAN
Cadangan ini adalah untuk menyediakan program bagi sekolah-sekolah untuk mengubah minda pelajar sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Program ini akan mengubah minda, kepercayaan, perasaan dan tindakan sehingga mereka merasakan boleh melakukan sesuatu dan mempunyai keupayaan untuk melakukannya.  Ia juga mengubah jatidiri pelajar supaya merasai mereka mempunyai kemampuan untuk berjaya di dalam apa sahaja bidang yang mereka hadapi.

3.       MATLAMAT PROGRAM
·         Meningkatkan kesedaran spiritual pelajar untuk menjadi seorang insan yang soleh disisi Allah swt.
·         Melahirkan pelajar-pelajar yang berkeperibadian mulia
·         Membimbing para pelajar agar melaksanakan segala amanah dengan jujur, ikhlas serta bertanggungjawab dan menjadikan pelajaran sebagai focus utama kehidupan
·         Membina keyakinan diri dan kemampuan untuk berusaha tanpa mengenal erti jemu untuk menghadapi peperiksaan.

4.       OBJEKTIF
·         Mengenal diri dan Maha Pencipta
·         Menetapkan matlamat hidup dan juga peperiksaan yang akan dihadapi.
·         Meningkatkan kesedaran & keinsafan untuk mengamalkan Islam sebagai cara Hidup.
·         Meningkatkan dan membentuk akhlak serta jati diri.
·         Mendorong mereka berfikir secara proaktif untuk menghadapi peperiksaan dan melihat Islam ada penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.
·         Terangsang untuk meningkatkan potensi diri untuk lebih cemerlang dalam kehidupan.

5.        KANDUNGAN PROGRAM
Masa
Jam
Aktiviti
8.00 -10.00

2 jam
Input 1
Mind setting, betapa kita beruntung, hamba Allah, peta pemikiran dan tanggapan
10.30-11.30
1 jam
Input 2
Kitalah orangnya, system VS non system
11.30-1.00
1.5 jam
Input 3
Kesukaran lumrah kehidupan

Input 1 : Pelajar akan diperkenalkan dengan model NLP dimana bagaimana cara otak berfungsi, bagaimana melihat peluang yang ada dihadapan kita dan apa keputusan yang kita ambil. Konsep kita sebagai pelajar tuhan, apa yang kita fikirkan akan kita lahirkan didalam tindakan dan bagaimana kita melihat dan melakukan tanggapan didalam kehidupan.

Input 2 :  Pelajar akan melihat kemampuan diri sendiri dan juga kejayaan pelajar-pelajar lain yang tidak sebijak mana tetapi boleh Berjaya didalam kehidupan dan peperiksaan mereka.  Aktiviti system dan non system akan menyedarkan mereka tentang keperluan system untuk memperbaiki pelajaran mereka.


Input 3 :  Pelajar akan menyedari kehidupan yang mereka katakana sukar hanya kerana mereka menerima didalam pemikiran dan mereka akan merasai betapa perlu bersyukur dan perlu melakukan perubahan didalam kehidupan terutamanya didalam pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akan datang. Pertunjukan video akan digunakan.




6. Hasil program

a)       Melahirkan Pelajar yang mempunyai misi dan Visi hidup yang jelas, jati diri yang tinggi, kecemerlangan dalam semua aspek secara seimbang dan holistik, dan mempunyai semangat yang jitu serta bertanggungjawab dam mampu menjadi INSAN CONTOH yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.
b)       Kempen ke Kolej Teknologi Darulnaim untuk 10minit yang terakhir

7. STRATEGI PERLAKSANAAN

7.1 Fasa Perlaksanaan:
Kursus ini akan dilaksanakan disekolah yang terlibat dan bermula pada 8.00pg-01.00ptg (mengikut persetujuan pihak sekolah dan syarikat consultant)

7.2 Fasa Perlaksanaan:
                Tarikh                          : 
Tempat                  : Di sekolah masing-masing
Bilangan Perserta            : 30 pelajar
Sasaran Peserta           : Pelajar-pelajar tingkatan 5 sahaja
Bayaran                                : Percuma kepada 30 orang pelajar sahaja. (Pihak sekolah boleh membuat penambahan bilangan perserta/pelajar akan tetapi setiap seorang pelajar akan dikenakan bayaran RM10 sahaja)

7.3 Keperluan :
Pihak sekolah dikehendaki menyediakan senarai nama pelajar, no.KP, no.tel, alamat dan email pelajar. Sila hubungi En. Jusry Mahdeko (no.tel 0102467206 / email : profneo45@gmail.com bagi menentukan tarikh program yang akan dilaksanakan
                 
8. PENUTUP    
Kursus ini diharapkan dapat mengubah persepsi atau tanggapan para pelajar yang mana setiap pelajar itu mampu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi mereka.

Yang Benar,

( IBRAHIM ABD RAHMAN )

DIRECTOR KALAM PERFECTION RESOURCES SDN BHD